Tuesday, July 7, 2015

SAMBUTAN HARI IBU DAN GURU 2015

Majlis Sambutan hari Ibu dan Guru telah diadakan pada 23 Mei 2015 bertempat di Tabika Perpaduan PKKN. Penyertaan dari ibubapa dan murid-murid amat menggalakkan. Acara menghias kek diantara ibu dan anak amat meriah dan menarik. Murid-murid juga mendendangkan lagu "ibuku" dan memberi kad ucapan Hari Ibu.







MINI SUKANEKA ZON SG. BULOH 2015


Mini Sukaneka ini diadakan pada 24 Mei 2015 di Padang PKKN,Sg. Buloh. Program ini berjalan lancar dan mendapat sambutan dari ibubapa dan kanak-kanak. Pelbagai acara kanak-kanak dan ibubapa dilaksanakan. Program ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Penyelia Zon Sg. Buloh iaitu En. Muhammad Nur Izuan bin Abdul Hamid.








Lawatan Ke Balai Bomba & Penyelamat Rawang

Satu program lawatan sambil belajar diadakan di Balai Bomba & Penyelamat Cawangan Rawang. Murid-murid tabika perpaduan dari Zon Sg. Buloh telah turut serta. Mereka diberi pendedahan tentang menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran. kerjaya sebagai anggota Bomba. Murid-murid amat teruja dan mendapat pengalaman menaiki kenderaan bomba.


                                                                                         


Bangunan Hadapan Tabika

Bangunan Hadapan Tabika
Kelas PKKN