Wednesday, September 28, 2011

Majlis Sambutan Merdeka Raya Daerah Gombak'11
















Majlis ini diadakan pada 25 Sept 2011 di Taman Bersatu ,Rawang. Murid-murid tabika telah menyertai pertandingan mewarna,membina blok dan menyusun puzzle. Tabika PKKN telah mendapat tempat kedua dalam acara menyusun puzzle. Murid -murid Tabika PKKN Sg. Buloh iaitu Muhammad Syazwan Danish, Aiman Isyraf, Fathiha Nur Batriesyia dan Nursyazanasyaimaa juga telah diberi peluang untuk menyampaikan sajak kemerdekaan dengan penuh semanagat pada hari tersebut.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri '11


Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri diadakan pada 10 Sept 2011 di Tabika Perpaduan PKKN Sg. Buloh. Majlis ini dihadiri oleh Pegawai Perpaduan Daerah Gombak , Pn. Salasiah Hashim. Turut hadir En. Zaaba dan Pn.Julianaeadrayanti. Majlis tersebut diadakan dalam suasana sederhana tetapi meriah.

Sunday, August 14, 2011

HARI PERPADUAN TBK PKKN
















Majlis penyampaian hadiah dan jamuan ringan diadakan.

HARI PERPADUAN TBK PKKN





Pertandingan masakan Nasi Goreng yang disertai oleh ibu-ibu

HARI PERPADUAN TBK PKKN













Kanak-kanak sedang tekun mewarna dan membuat persembahan menyanyikan lagu patriotik.








HARI PERPADUAN TBK PKKN













Program ini diadakan pada 2 Julai 2011 di Dewan Orang Ramai PKKN Sg. Buloh.


Pada hari tersebut Pembantu Pegawai Perpaduan Pn. Noor Zaliza telah hadir dan merasmikan program ini. Semua ibubapa dan kanak-kanak tabika dijemput hadir.








Kanak-kanak Tabika sedang beraksi dan bersaing diantara satu sama lain dalam acara sukan yang diadakan.

Sukaneka Tahunan Daerah Gombak '11







Sukaneka ini diadakan pada 26 Jun 2011 di Sek. Berasrama Penuh Integrasi Sg. Pusu,Gombak.

Sukaneka ini berjalan dengan lancar di hadiri oleh ibubapa, kanak-kanak tabika dan dirasmikan oleh Pegawai Perpaduan Daerah Gombak , Pn. Salasiah bt Hashim. Semua kanak-kanak mengambil bahagian dan menunjukkan semangat kesukanan.

Thursday, May 19, 2011

Makan Tengahari di KFC,KLCC













Enak dan lazat sungguh murid-murid menikmati makan tengahari di KFC

Makan Tengahari di KFC,KLCC



Selapas penat berjalan murid-murid pula di bawa ke KFC untuk jamuan tengahari. Murid-murid amat gembira kenyang selepas makan kami pun bertolak balik.

Sunday, May 8, 2011

Menyaksikan pertunjukkan Sains





Murid-murid turut terlibat dalam aktiviti tersebut.

Lawatan Murid ke Petrosains,KLCC



Pada 5 Mei 2011(Khamis) murid-murid Tabika Perpaduan Pusat Kawalan Kusta Negara Sg. Buloh telah pergi Pertosains, KLCC. Murid-murid amat gembira dan mendapat pengalaman yang baru. Murid-murid dapat menaiki 'Dark Ride' dan' Helikopter Tiruan'.



Mereka juga melihat persembahan berbentuk sains. Selepas lawatan murid-murid pergi makan di KFC.

Monday, March 14, 2011

MESYUARAT PENUBUHAN JPTP TP PKKN 2011



Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan Pusat Kawalan Kusta Negara Sg. Buloh telah diadakan pada Februari 2011. En. Zaaba bin Abd.Rahman Penolong Pegawai Kanan Perpaduan dan Pn Noor Zaliza bt Saad Penolong Pegawai Perpaduan . PPP telah memberi taklimat berkaitan tugas-tugas Jawatankuasa. En.Mat Zaidi telah dilantik sebagai Pengerusi JPTP yang baru untuk tahun 2011.

PENDAFTARAN KANAK-KANAK 2011

Pada 3 Januari 2011 murid telah memulakan kelas di TP Pusat Kawalan Kusta Negara Sg.Buloh. Murid - murid seramai 36 orang telah mendaftar. Guru telah memberi beberapa taklimat berkaitan perjalanan tabika.

PENGESAHAN PENDAFTARAN KANAK-KANAK 2011

Pada 28 Disember 2010 Tabika Perpaduan Pusat Kawalan Kusta Negara Sg. Buloh telah mengadakan hari Pendaftaran untuk sesi 2011 dari jam 8.00 pagi sehingga 1.00 petang bertempat di TP Pusat Kawalan Kusta Negara Sg. Buloh. Sambutan daripada ibubapa yang mendaftar amat mengalakkan.

Bangunan Hadapan Tabika

Bangunan Hadapan Tabika
Kelas PKKN